JAINJ melakukan serbuan dan menangkap seorang wanita dan lelaki berkhalwat dalam sebuah rumah kampung di Simpang Renggam, Kluang, semalam.

KLUANG – Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap khalwat dengan seorang lelaki bujang dalam operasi cegah maksiat di sebuah rumah kampung di Simpang Renggam di sini awal pagi semalam.

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan serbuan pukul 1.40 pagi setelah menerima maklumat awam.

Menurut JAINJ, dua penguat kuasa lelaki ditugaskan untuk menjaga pintu belakang rumah tersebut untuk mengelak mana-mana pihak melarikan diri.

“Tiba di pintu hadapan penguat kuasa nampak seorang wanita berseluar panjang dan t-shirt di luar rumah. Dia duduk di kerusi sambil main game telefon.

“Penguat kuasa masuk ke dalam dan menemui seorang lagi wanita sedang baring di atas tilam sambil main telefon. Dia memakai kain batik dan baju lengan panjang,” menurut kenyataan itu.

JAINJ memaklumkan, di sebelah bilik wanita itu terdapat sebuah bilik yang tertutup dan berkunci dari dalam.

Penguat kuasa tanya, siapa dalam bilik itu dan memberitahu ibunya sudah tidur.

“Sebaik diketuk dan minta dibuka, terdapat seorang wanita memakai baju tidur separas betis dan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar dalam, apabila ditanya, mereka mengaku bukan suami isteri dan hanya berdua-duan sahaja.

“Lebih mengejutkan, wanita berkenaan didapati masih mempunyai suami namun telah lebih setahun tidak tinggal bersama-sama dan pemeriksaan rekod mereka masih belum bercerai manakala lelaki berkenaan berstatus bujang.”

Wanita berkenaan berusia 44 tahun bekerja di Simpang Renggam manakala lelaki pula berumur 29 tahun dan bekerja di daerah ini, jarak rumahnya hanya 10 kilometer dan datang ke rumah itu dengan menunggang motosikal.

“Apabila ditanya berkenaan suami wanita itu, dia menceritakan kisahnya yang tidak duduk serumah dengan suami lebih setahun. Bagaimanapun, hasil semakan, mereka belum betul-betul bercerai.

“Pemeriksaan di katil kelamin mendapati berkembur dengan cadar dan selimut sudah bergulung.”

Tambah JAINJ, pemeriksaan satu lagi bilik dalam rumah berkenaan menemui sepasang suami isteri dan seorang daripadanya adalah anak wanita berkenaan.

“Hairannya mereka yang dalam rumah seakan tidak terkejut apabila ibu mereka ditangkap bersama-sama lelaki itu, mungkin kerana sudah tahu lama perkara ini dan tidak dapat berbuat atau berkata apa-apa kerana ibu sendiri”.

Bagi kesalahan ini, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeti Johor.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here