Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis kerana menyimbah asid ke atas pasangan suami isteri di Flat Laksamana, Batu Caves, di sini, pada 6 Julai akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang esok.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek yang berusia 60-an itu berhadapan dua pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atas sebat atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam pesanan ringkas, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Warga emas disyaki simbah asid direman empat hari

Kes suami isteri kena simbah asid, warga emas ditahan

Pada 6 Julai lalu, seorang warga emas bersama suami warga asing berusia 37 tahun disimbah asid oleh suspek wanita tidak dikenali semasa mahu memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan kepada mangsa. – MalaysiaGazette