Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 pagi tadi yang memaklumkan mengenai kebakaran di Sunsuria City, Kota Warisan di sini.
“Setibanya di lokasi, pihak Bomba mendapati kebakaran melibatkan longgokan kayu bersebelahan kilang kayu berkeluasan 40×40 kaki persegi, kerja-kerja pemadaman api masih diteruskan dan dijangka bersambung sehingga malam.” katanya dalam satu kenyataan.