KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah memadamkan sebuah hantaran yang memaparkan infografik ‘belanja dapur’ untuk keluarga dan golongan bujang selama seminggu dan sebulan.
Jabatan tersebut memadam hantaran berkenaan di Facebook dan Twitter yang menerangkan sama ada belanja dapur benar-benar telah meningkat dari RM200 kepada RM500 seperti yang dilaporkan oleh media.
Beberapa pengikut media sosial J-KOM melahirkan rasa kehairanan selepas mendapati hantaran berkenaan telah tiada.
“Mana post pasal perbandingan harga barang tu min?” tanya Rizal Bohari.
“Kenapa delete infografik harga barang bawah RM500 sebulan? Sabtu esok saya nak pergi pasar. Risau nanti belanja terlebih RM500,” sindir Ahmad Yazid.
Poster yang dikongsi oleh J-KOM sebelum ini menganggarkan belanjar dapur untuk keluarga seramai empat orang hanya RM397.80 sebulan atau RM99.45 seminggu.
Perbelanjaan seminggu meliputi pembelian dua ekor ayam empat kilogram (RM37.60), beras 10kg (RM38), minyak masak 2kg (RM13.80 sen), telur sepapan (RM14), dua roti size jumbo (RM8.60) dan gas memasak 12kg (RM25.80).
Manakala perbelanjaan bagi golongan bujang RM234.60 sebulan atau RM58.65 seminggu.
Perbelanjaan seminggu meliputi satu ekor ayam dua kilogram (RM18.80), beras 10kg (38kg), minyak masak 1kg (RM6.90), telur sepapan (RM14), roti (RM3) dan gas memasak 12kg (RM25.80).
Bagaimanapun hantaran berkenaan menerima lebih 10, 000 komen dan lebih 10 ribu reaksi serta beribu perkongsian.
Rata-rata Rata-rata berpendapat anggaran berkenaan dilakukan tanpa membuat kajian sebenar situasi semasa yang dihadapi rakyat.
“Bawang-bawang dan seangkatan dengannya tanam sendiri geng, garam, gula, ajinomoto tak payah guna dah lepas ni,” kata Cinta Siara.
“Sarapan roti telur, telur hancur. Tengah hari ayam goreng. Hari-hari makan macam tu, silap-silap berkokok,” sindir Muhamad Fadzil.
Sebelum ini sebuah akhbar tabloid menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Dulu belanja dapur RM200 kini jadi RM500 sebulan.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
J-KOM tiap-tiap minggu makan ayam, telur sahaja ke? – Netizen
itulah, JKOM keje guna kepala lutut.. buat kajian syok sendiri.