Tujuh direman bantu siasatan SPRM kerana mengemukakan dokuman palsu untuk mengurangkan cukai untuk kereta mewah yang tidak layak menerimanya di Kedah semalam.IhsanSPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga menyebabkan ketirisan cukai kastam kira-kira RM33 juta.

Kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan antara 30-an hingga 60-an itu telah ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara pukul 5 petang hingga 10.30 malam ketika hadir memberi keterangan semalam.

Tujuh direman bantu siasatan SPRM kerana mengemukakan dokuman palsu untuk mengurangkan cukai untuk kereta mewah yang tidak layak menerimanya di Kedah semalam.- Gambar ihsan SPRM.

Menurut sumber, kesemua suspek merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta mewah terlibat dan mengemukakan dokumen mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya.

Kesemua suspek berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini oleh SPRM untuk permohonan perintah reman.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim yang mendengar permohonan reman itu telah membenarkan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 Julai ini untuk membantu siasatan lanjut SPRM.

Tujuh direman bantu siasatan SPRM kerana mengemukakan dokuman palsu untuk mengurangkan cukai untuk kereta mewah yang tidak layak menerimanya di Kedah semalam.- Gambar ihsanSPRM

Difahamkan, dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas tersebut, SPRM juga telah membuat serbuan bersiri di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak dan Sabah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi hari ini telah mengesahkan penahanan kesemua suspek tersebut.

Jelas beliau, kesemua suspek berkenaan kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast