Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberikan tempoh 24 jam kepada mana-mana pihak untuk membuat permohonan maaf serta menurunkan poster “Fadhlina gelar Melayu pertahan azan Melayu bangsat”.

Dalam hantaran di laman Facebook, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, laporan polis telah dibuat berkenaan fitnah yang berlegar-legar di media sosial.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu terhadap pihak yang membuat fitnah sesuka hati.

“Siasatan sedang dijalankan dan misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan

“Kebebasan bersuara bukan kebebebasan untuk fitnah sesuka hati.

“Mohon tag saya di poster-poster fitnah berkenaan.” katanya.

Laporan polis berhubung poster fitnah yang tular d i media sosial.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR menasihatkan semua pihak supaya berpolitik dengan matang dan penuh sivil.

Poster fitnah yang tular itu dipercayai ekoran kenyataan beliau dalam forum “Malaysia Di Ambang PRN 2023” yang antara lain menyentuh tentang pembangkang yang sering membangkitkan isu azan berbanding isu ekonmi dan dasar seolah-olah ketandusan idea.

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah dimanipulasi oleh pihak tersentu yang mendakwa beliau menggelar orang Melayu Pulau Pinang mempertahan azan solat sebagai “Melayu Bangsat”.

– MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast