Dean Henderson. Foto Sky Sports.

LONDON – Penjaga gol Manchester United, Dean Henderson  dilaporkan semakin hampir untuk berpindah ke Nottingham Forest dalam kesepakatan perjanjian bernilai £20 hingga £25 juta.

Laporan media menyebut kehadiran Andre Onana telah membuatkan pihak United telah memberi lampu hijau untuk bekas pemain akademi mereka itu kembali menyarung jersi kelab tersebut selepas dipinjamkan sejak musim lalu.

“Manchester United dilaporkan akan menerima bayaran perpindahan yang berpatutan untuk pemain yang datang melalui akademi mereka itu selepas mereka menyelesaikan perjanjian perpindahan £42.8 juta pound untuk Onana dari Inter Milan Andre.

“Selain itu nasib seorang lagi penjaga gol Manchester United, Tom Heaton dilaporkan turut berpotensi untuk menyertai pasukan lain dimana kelab yang baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, Luton Town dilaporkan berhasrat untuk mendapatkan penjaga gol berpengalaman tersebut.

“Meskipun begitu situasi Tom Heaton bergantung pada kesepakatan perjanjian diantara Manchester United dan kelab Jepun Urawa Reds mengenai potensi perpindahan penjaga gol muda mereka Zion Suzuki yang bernilai £5 juta pound,” kata laporan itu.

Henderson telah bersama The Red Devils sejak usia 14 tahun dan mempunyai 49 penampilan dalam liga utama tetapi mendapati dirinya sekadar menjadi pelapis kepada bekas penjaga gol utama,  David de Gea.

Selepas menyerlah ketika dipinjamkan ke Sheffield United untuk meraih pengiktirafan antarabangsa bersama England dalam kempen 2019-20 yang mengagumkan, Henderson berharap dapat mengukuhkan kedudukan dan tekad berpindah.

Henderson membuat penampilan sulungnya bersama Forest apabila mereka memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast