Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal keadaan sekitar mahkamah berikutan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagi menghadapi pendakwaan dalam satu ceramah yang menghina instiusi diraja ketika di Mahkamah Selayang, Selangor Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2023.

KUALA LUMPURĀ  – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Sesyen Selayang, Gombak, di sini, pada jam 8.55 pagi bagi menghadapi pertuduhan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politik.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dibawa ke mahkamah dengan kenderaan polis.

Sanusi yang berkemeja putih dibawa memasuki kamar Mahkamah Sesyen 2.

Beliau ditahan sepasukan polis jam 3 pagi tadi di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Publika sebelum pulang ke hotel kira-kira jam 11.40 malam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast