Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan mula menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 baharu pertamanya bulan depan.

Syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan akan beransur-ansur menambah pesawat 737-8 itu kepada 25 menjelang 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG) Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, langkah memperkenalkan pesawat baharu 737-8 pada Ogos ini meletakkan standard baharu dalam perjalanan udara.

“(Langkah ini) menyatukan budaya terbaik Malaysia, teknologi termaju dan amalan mampan untuk menghasilkan pengalaman penerbangan yang tidak ada tandingannya,” katanya.

Pada masa ini, kumpulan MAG mempunyai 100 pesawat menerusi anak-anak syarikatnya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast