AMSTERDAM – Majlis Perbandaran Amsterdam telah melarang kapal pesiaran belayar di pusat bandar kerana ibu kota Belanda itu cuba mengehadkan bilangan pelawat dan mengekang pencemaran.
Ahli politik berkata, kehadiran kapal itu tidak selaras dengan usaha menjadikan bandar itu mampan.
Ini bermakna terminal pelayaran pusat di River IJ berhampiran stesen kereta api utama Amsterdam akan ditutup.
Ia adalah langkah terbaharu untuk mengekang kehadiran pelancongan secara besar-besaran di bandar ini.
Dalam mencapai kelestarian ibu kota itu, majlis itu juga telah melaksanakan larangan menghisap ganja ‘red light district’ (laluan lampu merah) sebelum ini.
Kapal pesiaran telah menjadi simbol kepada masalah pelancongan yang menyaksikan lambakan pelancong dan usul ‘memindahkan’ mereka keluar dari pusat itu diluluskan oleh majoriti yang besar.
Amsterdam telah menjadi mangsa popularitinya sendiri, menarik 20 juta pelawat setiap tahun – sesetengah pelancong tertarik dengan reputasi bandar partinya. – Agensi