Salahuddin Ayub .

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal berkata, beliau kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam tadi selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya. – MalaysiaGazette