Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub . Foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Sri Salahuddin Ayub kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pagi tadi.

“Pembedahan sudah selesai, beliau kini berada dalam pengawasan pasukan perubatan hospital berkenaan,” kata setiausaha akhbarnya Syakirin Husnal dalam kenyataan terbaharu mengenai perkembangan menteri itu.

Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak selepas mengalami mual dan muntah-muntah malam tadi.

Shakirin juga memohon orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap situasi yang berlaku.

Katanya, pihak pejabat menteri akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan Salahuddin dari semasa ke semasa.

“Pejabat Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan kepada Menteri KPDN,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. semuga sembuh. Giliran RAFIZI RAMLI untuk membuktikan pada rakyat dia sihat. segera checkup dengan doctor Pakar OTAK? insyaallah RAKYAT akan memaafkan.

Comments are closed.