shahrir samad src majlis peguam
Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Disebabkan tidak ada Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Felda untuk 2021 dan 2022, susah hendak bercakap mengenai pelupusan hutang peneroka dan impaknya kepada agensi itu sendiri.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad secara sinis berkata, walaupun gambar Pengerusi Felda baharu sudah dimuat naik di laman sesawang agensi itu namun laporan tahunan kewangannya sudah empat tahun ketinggalan.

Yang ada hanya Laporan Tahunan 2018 dan 2019.

Apabila dirujuk ke laman web Dewan Rakyat, agensi itu baru sahaja membentangkan Laporan Tahunan 2020 dua bulan lepas.

Ini bermakna Laporan Tahunan Felda 2020 ambil masa dua tahun lima bulan untuk sampai ke Parlimen.

“Dua tahun lima bulan! Urus tadbir apa ni?,” soalnya dalam hantaran di Facebook.

Bidasnya, sebelum PRU14, Pakatan Harapan (PH) begitu hebat menyerang Felda yang ketika itu di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Shahrir mendakwa, Rafizi Ramli tak berhenti menghasut manakala Datuk Kadir Jasin menganggap Felda sudah dirompak, manakala Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Felda sudah bankrap (tapi kalah kes di mahkamah apabila Felda saman balik).

Mereka semuanya menjanjikan urus tadbir Felda yang baik.

“Dibawa orang korporat dari luar Felda untuk pegang jawatan tertinggi. Bayar gaji besar, berpuluh ribu ringgit. Dari masa Azmin Ali (Tun Mahathir sebagai PM) sampailah kepada Mustapha Mohamed (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM),” tambah beliau lagi.

Sedangkan, menurutnya, satu ukuran urus tadbir yang baik ialah kecekapan penyediaan penyata kewangan sesuatu badan seperti Felda.

“Kan dah dipimpin oleh orang korporat bergaji besar! Tentulah cekap kan?

“Dua tahun lima bulan! Urus tadbir apa ni?,” bidas beliau.

Menurut Shahrir, beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Januari 2017 dan berhenti pada Mei 2018.

“Laporan Tahunan Felda 2016 ditandatangani oleh saya dan dibentangkan ke Dewan Rakyat dalam tahun 2017 juga. Kurang setahun, ngam. Ini tahap urus tadbir orang UMNO dan pengurusan Felda dari kalangan orang dalam agensi itu.

“Semenjak itu yang berkuasa adalah Tun Mahathir, Azmin Ali, Mustapha Mohamed, Muhyidin dan Ismail Sabri. Semua mereka masih dalam Bersatu (PN) kecuali Tun Mahathir yang bekas Bersatu dan Ismail. Dan kononnya semua mereka lebih baik dari segi urus tadbir. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Jeng jeng jeng…terbongkar sudah..jawab lah siapa yg terlibat..kalau tidak tunggu kifarah Allah..mati itu pasti, dosa pahala itu pasti..azab kubur menanti..tapi kami rakyat menanti didunia untuk diviralkan yg pasti.

  2. Ini aku setuju. Nak bincang pasal betul ke tidak pelupusan 80% drp hutang peneroka bersamaan 8.3 bil telah lengkap dibuat dengan tepat kena tengok penyata2 akaun Felda yang telah diaudit tuk tahun2 2020, 2021 dan 2022 serta akaun2 pengurusannya tuk setengah tahun pertama 2023. Tiga penyata akaun yang penting adalah penyata imbangan kira2, penyata untung rugi, dan penyata aliran wang.

    Bgmnpun, saya lbh cenderung untuk mengatakan ia lengkap dibuat hanya setelah PMX/MN campur tangan.

    1. Membuat dokumentasi yang lengkap untuk jaminan Krjn Federal bagi Sukuk Felda dan menandatangani dokomen tersebut.

    2. Mengadakan peruntukan untuk bayaran grant kpd Felda sebanyak 9.9 bil pada 990 juta s.t. untuk tempoh 10 dlm Bajet Tambahan 2023 bagi bayaran ansuran tahun pertama (tahun 2022) grant tersebut sebanyak 990 juta.

    3. Membayar ansuran pertama grant kpd Felda sebanyak 990 juta.

  3. felda dari dulu sampai sekarang terus menipu . nasib baik semua peneroka orang tak cerdik .ada sorang dua menteri kedai kopi pun cuma cari makan sendiri .

    aku peneroka felda cadangkan supaya sistem felda ni di audit oleh juru audit negara . jaga kepentingan peneroka . cukup2 lah jadi kan ladang peneroka sebagai lombong emas bagi felda tapi lubang neraka bagi peneroka .

Comments are closed.