PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang lelaki maut dihempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir, Kampung Sungai Temau, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa Suhaimi Siding, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang.

“Ketua Balai Polis Merapoh telah terima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan kejadian seorang lelaki terhempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir, Kg Sungai Temau jam 4.30 petang.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa telah pergi melombong bersama dua lagi rakan.

“Kawasan melombong adalah anak Sungai Kadir di mana jarak lokasi tempat kejadian dengan Felcra Sungai Temau lebih kurang tiga kilometer,” katanya kepadanya MalaysiaGazette.

Menurut Azli, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Lipis bagi tujuan bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast