Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allayharham Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan sahabat beliau sejak kedua-duanya bergiat aktif dalam pergerakan Pemuda parti masing-masing. Beliau berkata demikian selepas hadir di pengkebumian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian.