Foto Facebook Baddrol Bakhtiar.

KUALA LUMPUR – Nama bekas kapten bola sepak pasukan Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar semakin hampir menjadi sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos ini.

Menerusi Facebook miliknya, pemain berusia 35 tahun dilihat sudah mula ‘berkempen’ dan dikatakan bakal menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau

Ini kerana walaupun nama bekas Sabah FC musim ini belum diumumkan namun gerak kerja sudah dilakukan oleh jentera Pas Bukit Selambau untuk memperkenalkan calonnya kepada masyarakat setempat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini memberi bayangan dua bekas pemain bola sepak Kedah dijangka menjadi pertaruhan PN pada PRN kali ini.

Biar pun tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain namun dua bekas ketua pasukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar disebut-sebut antara calon PN. – MalaysiaGazette