Elaun Madani palsu

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan  kerajaan akan memperkenalkan ‘Elaun Madani’ dengan pembayaran minimum sebanyak RM800 kepada penjawat awam.

Menurut kementerian berkenaan, poster yang ditularkan di media sosial adalah palsu.

“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya dalam kenyataan.

Elaun Madani palsu

Poster yang ditularkan di media sosial tersebut memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani.

Menurut poster tersebut, kerajaan akan memansuhkan elaun sara hidup dan bayaran insentif.

Bagi meraikan kesamarataan antara negeri kerajaan akan mewujudkan elaun baru yang dikenali sebagai ‘Elaun Madani’.

Menurut poster itu penjawat awam akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM800.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast