Surat palsu yang tular di laman sosial sejak semalam kononnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed disiasat atas dakwaan salah laku.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kenyataan yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed disiasat atas dakwaan salah laku.

Menerusi hantaran di Facebook, JPM menegaskan, kenyataan yang tular di media sosial itu adalah palsu.

Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan mengelirukan rakyat, katanya.

Serentak dengan itu, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Merujuk kepada kenyataan media bertajuk ‘Siasatan ke atas Dato’ Dr Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam’ bertarikh 25 Julai 2023 yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri dan sedang tular di platform media sosial.

“Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu,” katanya di laman sosial berkenaan, hari ini.

Kenyataan palsu itu antara lain memaklumkan Perdana Menteri akan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat isu-isu berkaitan Zulkapli.

Zulkapli dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu pada Februari lalu.

Pelantikan Zulkapli, 58, yang sudah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast