Wednesday, October 23, 2024
Home Nasional Sanusi beri amaran bongkar kerja jahat jika dipakaikan ‘baju oren’

Sanusi beri amaran bongkar kerja jahat jika dipakaikan ‘baju oren’

Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran untuk membongkar semua ‘kerja jahat’ jika beliau dipakaikan baju orang kena dakwa berwarna oren.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, terdapat pihak yang mahu melihat beliau dipakaikan gari dan baju berwarna oren.

“Saya sumpah akan ada kebangkitan lebih besar daripada ini di seluruh negara kerana saya akan bongkarkan semua kerja jahat ini jika mereka berani pakaikan baju oren.

“Buka mulut sahaja bohong, Pudin pula buka mulut fitnah. Tak ingat mati ke mereka ini. Buka muda lagi,” katanya.

Sementara itu Muhammad Sanusi menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil kesemua 10 Exco kerajaan negeri sebagai ‘pondan’.

Muhammad Sanusi  berkata, tindakan SPRM tersebut sebagai satu sejarah kepada negara kerana ia belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Termasuk yang terpaksa mengadap SPRM penasihat undang-undang negeri. Taraf dia seperti hakim. Semua isu perundangan dibawa kepada dia untuk diminta pandangan.

“Dek kerana terdesak tidak ada isu, tidak ada modal untuk menekan kita dicipta pelbagai tuduhan dan fitnah sehingga tiap-tiap Exco dan pengawai tinggi kerajaan terpaksa mengadap SPRM selama lapan jam.

“…pondan, ini semua pondan,” kata Muhammad Sanusi dalam ucapan sempena majlis Pengumuman Calon Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah malam ini.

Pada 20 Julai, SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semua saksi dipanggil itu sudah dirakam percakapan bagi membantu kertas siasatan.

Sehari sebelum itu, SPRM menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) bersama seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi membantu siasatan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.
Suspek masing-masing berusia 40 dan 63 tahun itu ditahan masing-masing di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara.
Pada Isnin, seorang lagi pegawai kanan Menteri Besar Kedah ditahan anggota penguat kuasa SPRM selepas menahan seorang pembantu kepada pemilik syarikat, menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang.-MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Rasanya Sanusi tidak wajar dan tidak perlu mengajar pihak SPRM cara membuat kerja mereka. Sepatutnya dia berterimakasih kerana inilah peluang bagi beliau membersihkan nama. Walau bagaimana pun tindak tanduk beliau dalam isu ni lebih kepada mempamerkan sikap kebudakkan beliau sendiri.

  2. Nusi, apa takut kalau tidak salah, pakai baju oren pun masih baju juga??..anda seorang wira mulut lancang celupar??…tiba² takut sama baju oren bagai hilang kejantanan hebat anda??..ada pistul dalam kereta ma??..jangan bikin malu kumpulan anda??..SPRM laksanakan undang² sahaja, anda jangan pula yang jadi pondan??…bikin malu warga Kedah & Negara Malaysia saja.

  3. lah… kau tu pemimpin.. kalau dh tau ada ‘kerja jahat’, apasal tak bongkar je sekarang?? apasal nk kena tunggu dh pakai baju oren baru nk bongkar? taknak duk dalam sorang2 ke??
    Pemimpin jenis apa ni yg sorok2 kerja jahat? bodoh!!

Comments are closed.