SIK – Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Sik menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) melawan Perikatan Nasional (PN).
Penyandang kerusi DUN Jeneri yang juga Pengarah Pilihanraya PN, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor ditentang Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya N24 Jeneri, Muhamad Suhaimi Man.
“Dengan ini calon yang sah bertanding adalah Muhamad Khizri dari BN dan Muhammad Sanusi bagi Perikatan Nasional,” katanya selepas proses penyerahan kertas pencalonan dan bantahan ditutup jam 11 pagi tadi.
Sehingga jam 10 pagi tadi, tiada kelibat calon bebas yang menyerahkan borang penamaan.
Sanusi menyerah borang pencalonannya pada jam 9.04 pagi diikuti Muhamad Khizri jam 9.10 pagi.
DUN Belantik turut ditandingi dua calon iaitu Ahmad Sulaiman yang menyerahkan borang pencalonannya jam 9.04 pagi.
Ia diikuti calon PH, Mazli Saipi jam 9.12 pagi. -Malaysiagazette