KUALA LUMPUR – Seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Khairuddin Othman dan calon bebas, Nurhaslinda Basri bagi saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.
Nama Prof Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri yang juga bekas Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Rahilah Rahmat di Dewan Kenanga Pejabat Daerah.
Kemunculan beliau ke pusat penamaan calon itu mencuri perhatian apabila ditemani Presiden Pas, Tan Sri Abdul Awang Hadi.
Abdul Halim merupakan profesor dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan UKM.
Beliau pernah dilantik menggangotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik pada Oktober 2018 hingga April 2019.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd. Khairuddin memenangi kerusi DUN Paya Jaras apabila memperoleh 20,376 undi menewaskan calon BN dan Pas dengan majoriti 12,072 undi.
BN diwakili Datuk Zein Isma meraih 8,304 undi dan calon Pas, Hanafi Zulkapli pula mendapat 6,042 undi. – MalaysiaGazette