Pintu cermin Pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat di Jalan Raja Laut ditemui pecah dipercayai dibaling batu.

KUALA LUMPUR – Pintu cermin pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, di sini, ditemui pecah dipercayai dibaling batu oleh seorang lelaki yang membuat kecoh di bangunan itu.

Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, lelaki yang menaiki motosikal telah membaling batu ke arah premis berkenaan.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kejadian berkenaan disedari pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Laporan polis telah dibuat dan pegawai penyiasat sedang menjalankan tugas mereka.

“Kita doa agar urusan siasatan oleh pihak berkuasa dapat berjalan lancar.

“Ada rakaman kamera litar tertutup (cctv) dan saksi. Mudah-mudahan kes akan dapat diselesaikan segera,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Khairul Faizi berkata, pengawal keselamatan telah menghubungi balai polis terdekat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast