Anggota polis membuat persediaan dengan menutup jalan utama perkarangan Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Pejabat Daerah Dan Tanah Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Cuaca pada awal pagi ini, dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Antara kawasan dilaporkan cerah ialah Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor; Pasir Mas, Gua Musang dan Tumpat (Kelantan); Sik (Kedah) serta Sikamat (Negeri Sembilan).

Sementara beberapa kawasan di Alor Setar, Kedah pula dilaporkan hujan bermula 7.45 pagi.

Selain itu, cuaca di sekitar pusat penamaan calon di Kijal, Terengganu dilaporkan mendung dengan keadaan berkabus dan berangin.

Seawal 7 pagi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pasukan keselamatan mula berkumpul dan diberi taklimat tugasan di pusat penamaan calon sebelum ia dibuka pada 9 pagi.

Selain daripada penyokong parti kepada calon bakal bertanding, tidak ketinggalan juga adalah petugas media yang hadir sejak awal pagi di pusat-pusat penamaan calon untuk membuat liputan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast