Foto Facebook Radhi Mat Din.

ALOR SETAR – Pemain bola sepak lagenda Hijau Kuning, Radhi Mat Din menyifatkan restu ibu bapanya amat penting untuknya bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Malah beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN)  sebak kerana keadaan ibu bapanya yang uzur tidak mematahkan semangat mereka mengiringinya ke pusat penamaan calon hari ini.

“Ke mana pun kita pergi, apa jua yang kita lakukan, jangan sesekali dilupakan restu kedua ibu ayah kerana merekalah tiket penting kita untuk bahagia di sana.

“Saya tidak dapat menahan sebak melihatkan kehadiran ayahanda dan bonda diiringi ahli keluarga yang bersama-sama dalam Majlis Penamaan Calon DUN Mengkudu hari ini.

Foto Facebook Radhi Mat Din.

“Meskipun sedikit uzur, mereka tetap gagahkan diri untuk hadir memberikan sokongan. Terima kasih bapa, emak yang sudi memberikan restu kepada anakandamu ini untuk berjuang di medan rakyat.

“Doakan kita semua berpeluang menjulang Perikatan Nasional di DUN Alor Mengkudu,” katanya di Facebook miliknya.

Radhi akan berdepan satu lawan satu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang menyaksikan pertembungan kali kedua bagi mereka.

Sebelum ini mereka pernah bertentang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Parlimen Pokok Sena yang memihak kepada Mahfuz.

Namun Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu gagal mempertahankan Parlimen pada PRU15 lalu selepas tewas kepada calon PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sebak tu sebab sedih ko menyokong Mudin Penyamun dan Medey Saka kayakan anak dan kroni…

Comments are closed.