Khaliq Methab bersama Reezal Merican selepas penamaan calon DUN Bertam di Dewan Milenium Kepala Batas pagi tadi.

KEPALA BATAS – Calon Perikatan Nasional (PN), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq menyifatkan saingan satu lawan satu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam pada Pilihan Raya negeri Pulau Pinang dengan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai cabaran sihat.

Khaliq Mehtab yang merupakan penyandang kerusi tersebut berkata, pengundi kawasan itu akan membuat penilaian terhadap pemcapaiannya sebagai wakil rakyat.

“(Reezal Merican) seorang figura besar, seorang mantan menteri serta mantan ahli Parlimen tetapi saya ambil ini sebagai satu cabaran untuk PN untuk memperjuangkan dengan lebih kuat lagi dengan semangat lebih tinggi untuk memastikan bukan sahaja kita menang di Bertam tetapi juga Pinang Tunggal dan Penaga. InsyaAllah.

“Berkat doa dan sokongan dari rakyat kita percaya dan yakin gelombang rakyat kali ini cukup besar tetapi gelombang ini InsyaAllah akan memihak kepada PN dan kita akan bergerak, kita akan menempuh pilihan raya ini dengan slogan kita iaitu Prihatin, Bersih dan stabil,” katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Milenium, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai trend pengundi Melayu terhadap PN di DUN Bertam, Khaliq Mehtab mendakwa, berdasarkan trend di Tiktok atau Fecebook pengundi di kawasan tersebut memihah kepada PN.

Malah sokongan itu semakin besar, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast