Chow Kon Yeow

PERAI – Kerajaan Pulau Pinang tidak berhasrat membuat pindaan dalam perlembagaan negeri untuk membolehkan melantik semula mana-mana bekas ketua menteri menyandang semula jawatan tersebut.

Ketua menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya bersama kepemimpinan DAP akan memastikan cadangan untuk membawa pindaan berkenaan tidak direalisasikan.

“Saya sendiri tidak tahu siapa punya cadangan itu (pinda perlembagaan negeri untuk membolehkan mana-mana bekas ketua menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal untuk kembali memegang jawatan itu).

“Kalau tanya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, beliau juga sangat tidak bersetuju tentang perkara ini.

“Justeru, sudah pasti DAP tidak akan membenarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata demikian selepas hadir merasmikan Pusat Bilik Gerakan Operasi DUN Perai di sini hari ini.

Kon Yeow berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan wujud usaha terancang untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan bekas ketua menteri dilantik semula ke jawatan itu.

Dakwaan itu tular dan menjadi topik masyarakat di negeri itu selepas ada pemimpin kanan PH dikatakan cuba mengintai peluang untuk kembali menerajui kerajaan negeri menggantikan Kon Yeow sekiranya PH berjaya mengekalkan mandat di Pulau Pinang untuk penggal keempat berturut-turut kali ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast