majlis pelancaran rangkaian baharu produk Nutox Youth Restoring yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tohtonku Sdn. Bhd. (Tohtonku), syarikat penjagaan kulit wajah jenama Nutox akan menembusi pasaran Indonesia pada tahun depan apabila akan membuka pejabat baharu di sana.

Pengurus Pemasaran Kanan Tohtonku, Cecilia Lee berkata, negara itu merupakan pasaran luar baharu selepas mengeksport ke Singapura dan beberapa negara Asia Tenggara lain sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pasaran halal domestik akan terus meningkat di dalam dan luar negara berdasarkan permintaan pasaran semasa.

“Kami menyasarkan untuk meluaskan pasaran di Indonesia menerusi beberapa langkah dan strategi termasuk mempertingkatkan aspek bahan serta formulasi setiap produk keluarannya.

“Syarikat akan  merintis penggunaan bahan yang lebih baik dan bersih untuk memenuhi pasaran terutama di luar negara dengan ta menitikberatkan segala aspek penggunaan bahan bagi memastikan kualiti berada pada tahap terbaik termasuk dilengkapi sistem penghantaran berkuasa tinggi iaitu Teknologi MIcro Targeting,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Ketika ini, syarikat yang beroperasi sejak1964 ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, Nutox, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can dan King Kong.

Cecilia Lee.

Mengulas lanjut, Cecilia memberitahu, rangkaian baharu Nutox Youth Resto­ring kini  diper­tingkatkan daripada aspek bahan asas, teknologi, formulasi dan sarang burung premium bagi membantu ia mengekalkan lembapan dan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit.

Menurut beliau, sarang burung premium dapat membantu untuk menguatkan sistem penghalang kulit, membantu anda mengekalkan kulit yang kelihatan sihat dan anjal dan halus.

“Nutox kekal sebagai jenama penjagaan kulit Malaysia yang komited untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang lebih berseri dan kelihatan muda.

“Pengenalan rangkaian baharu yang dipertingkat ini menggunakan bahan-bahan yang unggul seperti Sarang Burung Premium di mana nutrien yang diekstrak dari sarang burung akan membantu meningkatkan keadaan kulit dan melindunginya daripada tanda-tanda penuaan yang ketara.

“Bahan lain adalah Tremella Mushroom pula mengandungi 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid Hyaluronik.

“Justeru, ia bakal memberi keberkesanan dengan sistem penghantaran yang berkuasa dan akan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit untuk lebih anjal, gebu dan licin,” katanya. –  MalaysiaGazette