Muhammad Hilman Idham

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor meletak sekurang-kurangnya 10 calon anak muda sebagai usaha menunaikan janjinya untuk memartabatkan generasi itu.

Mereka dicalonkan di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri itu untuk mewakili suara pemuda pilihan Selangor.

Calon berkenaan ialah Mu’izzuddeen Mahyuddin bertanding kerusi DUN Hulu Bernam, Nurul Syazwani Noh (Permatang), Rejean Kumar Ratnam (Rawang), Muhammad Hanif Jamaluddin (Sungai Tua) dan Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia).

Mohamed Sukri Omar

Lima lagi ialah Dr. Afif Bahardin DUN Taman Medan, Nur Aliff Mohd Taufid (Bandar Utama), Muniraa Abu Bakar (Bukit Lanjan), Mohamed Sukri Omar (Kota Anggerik) dan Datuk Tan Seng Huat (Bandar Baru Klang).

Penampilan mereka ini sekali gus melenyapkan dakwaan pihak lawan kononnya PN tidak mempunyai pemimpin pelapis di kalangan anak muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast