Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa

KUALA LUMPUR – Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz dan Papagomo tidak mewakili Datuk Seri Najib Razak mahupun para penyokong bekas perdana menteri itu.

Itu mesej Najib kepada anaknya, Nooryana Najwa atau dikenali Yana hari ini.

“Pagi tadi Yana terima mesej daripada Daddy (Najib). DSN (Datuk Seri Najib) ingin tegaskan bahawa Syed Imran dan Papagomo tidak mewakili DSN mahupun penyokong-penyokong DSN.

“Syed Imran juga tidak diarahkan oleh DSN untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian DSN,” kata Exco Pergerakan Puteri UMNO itu dalam kenyataan hari ini.

Syed Muhammad Imran yang juga Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia dan Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris seorang ahli UMNO yang digantung membuat kenyataan penyokong Najib tidak menyokong Kerajaan Perpaduan sekarang.

Menurut Yana, DSN sudah berada dalam penjara hampir setahun dan tidak adil bagi Syed Imran atau mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama DSN.

“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah DSN lalui. DSN tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan,” katanya.

Pendirian rasmi DSN hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik DSN melalui mesej kepada peguamnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Meteka berdua ni biadab dan mungkin tetims duit. Kens kerjskan mereks sampai lunyai.

  2. Walaun penjilat Mudin Penyamun mmg mcm ni laaa perangai..suka berbohong dan suka buat fitnah

  3. Anak-anak NAJIB telah tahu perbuatan bapanya seorang Penipu Penyamun Rasuah Penyakau.. anak-anak NAJIB tunggu turn Rosmah Mansor pula…
    patutlah ZAHID HAMIDI tidak bincang untuk bebaskan NAJIB.

Comments are closed.