JEMPOL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertemu dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan semua pemimpin MIC negeri untuk menjelaskan isu ‘salah faham’ mereka dengan UMNO.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), ia bagi memastikan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dapat bekerja sebagai satu pasukan bersama UMNO dan PH bagi mewujudkan kestabilan politik di negara ini.
“Esok saya (akan) bercakap dengan Tan Sri Vignes (SA Vigneswaran), Presiden MIC nak jumpa sekejap dengan semua wakil-wakil, ketua-ketua MIC seluruh negara.
“(Ia) supaya jangan mereka salah faham, kerja sebagai satu pasukan. Dalam DAP pun ramai India, Keadilan (PKR) ramai India, MIC pun ada…saudara masa ini adalah kita fikir untuk selamatkan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang di Pekan Rompin, di sini malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Anwar dalam masa sama turut menegur segelintir masyarakat India di negara ini agar tidak menjadikan kertas undi untuk melepaskan geram hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa perkara.
“…orang Melayu, Cina, India, it is my duty, kuasa dan tanggungjawab saya tolong semua orang susah tak kira dia Melayu atau India.
“Saya nak beritahu orang India don’t waste your vote…ahhh… tak setuju satu dua ada perkara….kita boleh selesaikan…jangan…you are not going to get a fair team of leaders seperti mana yang kita cuba buat sekarang,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal hari ini melaporkan, MIC akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berkaitan dakwaan ‘layanan buruk’ UMNO terhadap parti itu.
MIC dikatakann tidak gembira dengan layanan UMNO ketika rundingan kerusi PRN enam negeri sehingga ahli MIC dimaklumkan supaya memberitahu pengundi India untuk memboikot calon UMNO pada PRN kali ini. – MalaysiaGazette
MIC boikot calon UMNO bukan bermakna tidak hadir mengundi.. kaum India bukan mudah BODOH.. diperbodohkan