Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang patah kaki akibat kemalangan pagi tadi.

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang patah kaki akibat kemalangan pagi tadi memandu sendiri kenderaan kempennya itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pacuan empat roda jenis Ford Ranger itu terbabas ketika Mohd Zaidy dan pembantunya dalam perjalanan ke Palong dari arah Bahau.

“Nahas kira-kira pukul 3 pagi tadi melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu calon DUN Jeram Padang membawa bersama pembantunya.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Mohd Zaidy dan pembantunya dalam perjalanan ke Palong dari arah Bahau melalui Jalan Pasir Besar.

“Kemalangan mengakibatkan calon berkenaan patah kaki kiri manakala pembantunya yang parah dan dikejarkan ke Hospital Jempol,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit boleh menghubungi Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 064412502 dan Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 064431999 bagi membantu siasatan,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast