Pak Lah Reezal Merican colour blind DUN Bertam ADUN Barisan Nasional UMNO Kepala Batas
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican calon DUN N02 Bertam

KEPALA BATAS – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam membangunkan dan mensejahterakan penduduk setempat rakyat tempatan tanpa pilih bulu atau ‘colour blind’.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, kali ini beliau membawa slogan ‘Bertam Kita’ yang bermakna Bertam bukan milik satu kelompok, sebaliknya ia adalah hasil perjuangan untuk semua yang mencakupi golongan muda dan tua, wanita dan yang berideologi politik.

“Bertam bukan milik UMNO seorang, tetapi juga milik parti lain yang mana membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri perlulah mewakili semua.

“Apabila berkempen selama dua tiga hari ini, saya dapat melihat lebih kepada harapan mereka yang mahu saya meneruskan perjalanan ini di Kepala Batas dan tidak mahu kehilangan saya.

“Saya rasa itulah selepas kalah Parlimen pada PRU15 November 2022 tetapi di Bertam mereka menangkan saya dengan menzahirkan undi yang banyak di kawasan DUN ini, itu terpanggil saya untuk cakap bahawa saya Reezal Merican anak jati Bertam masih di sini untuk berkhidmat kepada mereka,” katanya, di sini, hari ini.

Menurut Reezal Merican, beliau akan meneruskan Aku Janji Demi Kepala Batas seperti mana Pilihan Raya Umum (PRU) lepas untuk pengundi di Bertam yang merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, pembangunan ekonomi setempat, pembangunan sosio masyarakat, pendidikan, pemerkasaan syiar Islam dan pembangunan anak muda.

Bekas Menteri Kabinet itu juga menegaskan, beliau hanya mempunyai satu impian yang wajib dilaksanakan untuk rakyat tempatan iaitu menjadikan bandar yang berdaya huni tinggi serta selamat untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Tambah beliau, orang ramai cenderung untuk menetap di Bertam kerana mereka berasa selamat dan aman memandangkan terdapat Ibu Pejabat Polis Daerah dengan kekuatan hampir 1,000 anggota polis.

“Kemudahan infrastruktur termaju dengan hampir 44 sekolah termasuk MRSM, UiTM, Matrikulasi dan sekolah agama menjadikan Kepala Batas sebagai kota ilmu yang baik.

“Pada masa yang sama keberadaa, kaum, komuniti lain juga tidak dinafikan kesejahteraan dan kemudahan untuk mereka yang aman dan tenang..

“Ini semua saya laksanakan ikut telunjuk bekas ahli Parlimen Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah iaitu Pak Lah yang mengajar saya kita perlu ‘colour blind’,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Baca Selanjutnya:

Interaksi fizikal dekati pengundi masih relevan – Reezal Merican

Orang Bertam tak mahu saya tinggalkan Kepala Batas – Reezal Merican

Penyandang kerusi DUN Bertam ditentang Reezal Merican pada PRN Pulau Pinang 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast