Keadaan ditapak lokasi berlakunya runtuhan kren di Maharashtra. foto The Indian Express

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera awal Selasa selepas kren tumbang di atas tapak jambatan yang dalam fasa ketiga pembinaan Lebuhraya Samruddhi di daerah Thane di Maharashtra.

Kemalangan itu berlaku sekitar 12 pagi berhampiran perkampungan Sarlambe, kira-kira 80 km dari Mumbai.

Peralatan yang jatuh itu ialah kren gantri mudah alih yang digunakan dalam pembinaan jambatan.

Timbalan Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis berkata, arahan siasatan tragedi itu sudah dikeluarkan.

“Kematian para pekerja sangat menyedihkan dan menyayat hati. Tiga pekerja cedera dalam kemalangan itu. Mereka sedang menjalani rawatan di hospital saya berdoa agar mereka cepat sembuh,” kata Fadnavis.

Beliau tidak menolak sekurang-kurangnya enam orang lagi dikhuatiri terperangkap di bawah serpihan.

Lebuh raya sepanjang 701 kilometer itu menghubungkan Mumbai dan Nagpur dijangka siap menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan. – Agensi