Chow Kon Yeow

BATU KAWAN – Rakan parti Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN) diminta membuat penilaian mengenai pengundi dan peluang untuk menang di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 .

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau belum sempat menyantuni pengundi Melayu memandang kempen baru bermula empat hari lalu.

“Saya pun ada mesyuarat minta rakan kita memberi assessment, Barisan Nasional memberi asssesment yang mereka meyakinkan dalam enam kerusi tanding itu mereka yakin boleh menang.

“Itu baru permulaan, kita perlu memantau lagi sepanjang kempen ini dan paras sokongan pengundi perlu ditambah setiap hari,” katanya semasa walkabout menyantuni pengundi di Pasar Awam Perkampungan Juru, di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu, pihaknya juga menerima pandangan ekstrem daripada pengundi kawasan tertentu di negeri itu yang mahu parti gabungan PH-BN menyapu bersih kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Saya tidak meletakkan sasaran sebegitu tetapi orang awam dan penyokong tegar PH yang merasakan begitu, mungkin itu di kawasan mereka sahaja berpendapat begitu,” ujarnya.

Namun Kon Yeow berkata, beliau tidak memandang rendah terhadap keupayaan lawan dan mahu jentera kempen dimantapkan bagi membolehkan kempen dilakukan secara agresif dan padu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast