Tok Batin, Uda Ngon melakukan kerja menoreh getah diladang getah yang terletak di Kampung Arong, Chini, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 07 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan dibayar kepada pekebun-pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 hingga 31 Ogos 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Julai 2023.

Lembaga Getah Malaysia berkata, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah.

Peningkatan paras harga pengaktifan (PHP) yang baharu merupakan inisiatif kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023.

Pada Julai 2023, LGM berkata purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.35 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.00 sekilogram untuk Sabah dan RM2.10 sekilogram untuk Sarawak.

IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi Julai 2023 di Semenanjung Malaysia ialah 35 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 70 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Di Sabah, kadarnya ialah 70 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.40 sekilogram bagi 100 peratus KGK dan  Sarawak kadarnya ialah 60 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Manakala, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. – MalaysiaGazette