takfiri jihad fikrah Khairuddin Aman Razali Takiri
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUBANG PASU – Nasihat adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk rakyat negeri itu tidak mengundi Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah satu mesej yang jelas.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Seri Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, merujuk pesanan itu, beliau meramalkan akan berlaku gelombang besar yang akan melanda Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Rujuk video tersebut (video kenyataan Nik Din) dan itu adalah mesej yang amat jelas. Saya yakin bahawa rakyat dan anak muda di Kelantan mengenai isu dan cara pimpinan kerajaan Pas bercakap dan mempertahankan serta menggunakan bahasa yang lepas tangan dan kasar.

“Anak muda pandai menilai dan banyak melibatkan orang dalam pimpinan yang disebut Ayah Din (Nik Din).

“Ayah Din sebut itu, maka itulah masalah di Kelantan dan saya harap akan berlaku gelombang besar bagi anak muda untuk menukar kepimpinan negeri yang telah memerintah selama 33 tahun menggunakan jenama Islam tapi sayang ia adalah Islam yang gagal menguruskan air,” katanya dalam siri jelajah penerangan perpaduan Kubang Pasu di Dewan Orang Ramai Batu 17, Tanjung petang tadi.

Hadir sama calon bagi DUN Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad.

Mohd Khairuddin diminta mengulas satu rakaman video yang tular memaparkan Nik Din yang mendakwa Mohd Amar merupakan dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Mohammad Abduh Nik Aziz sebagai calon pada PRN Kelantan.

Dalam pada itu, Khairuddin Aman yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO berkata, ‘fatwa’ seorang ustaz bahawa makan kenduri yang dianjurkan calon Barisan Nasional (BN) akan masuk neraka adalah sesuatu yang melampau.

Katanya, seharusnya pemimpin parti bertanding sepatutnya menegur pihak yang berkenaan.

“Menentukan neraka dan syurga bukan kerja kita tapi kerja Allah. Sangat salah dan menyeleweng jika kita bercakap undi parti sekian, pergi kenduri sekian itu jatuh pada dosa besar.

“Ini fatwa yang melampau dan sedang berlaku pada PRN. Sepatutnya para pimpinan parti mana pun mesti menegur kesilapan dalam isu melibatkan akidah,” katanya.

Semalam, calon BN yang bertanding bagi kerusi DUN Sungai Dua, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin terkejut apabila mendapat makluman, ada seorang ustaz memberitahu mereka jika makan kenduri yang dianjurkan pihaknya akan masuk neraka. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohd Amar punca Nik Abduh tak jadi calon PRN – Nik Din

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast