Foto Facebook PDRM FC.
KUALA LUMPURĀ  – Tonggak utama PDRM FC, Bruno Suzuki memeluk Islam pada pagi tadi, di Masjid Pulapol KL.
Berita itu diumumkan di laman Facebook kelab itu yang meluahkan rasa syukur dan menyifatkan hidayah itu milik Allah SWT.
“Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.
“Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445. Beliau mengucap dihadapan, Ustaz Arif M.Rajoli dan disaksikan oleh YDH SAC Noor Hisam Nordin, Komandan PULAPOL KL, YDH SUPT. Razali Mohamed Shahid, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) PULAPOL KL, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.
“Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” tulis PDRM FC.
Foto Facebook PDRM FC.

Bruno kembali menyarung jersi PDRM untuk musim ini selepas namanya antara pemain import yang digugurkan pada mulanya.

Dia yang sudah pun hampir menyertai Bangkok FC di Thailand tidak mengambil masa lama untuk mengesahkan mahu membatalkan kontrak bersama pasukan tersebut demi PDRM.

Bruno mempunyai pengalaman beraksi banyak kelab di Jepun, Singapura, dan Thailand bersama rekod jaringan yang boleh dikatakan konsisten. – MalaysiaGazette