Calon Perikatan Nasional (PN) N.03 Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyantuni penduduk ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2023.
Calon Perikatan Nasional (PN) N.03 Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyantuni penduduk ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2023.

JERLUN – Ketiadaan pusat khidmat masyarakat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, membuatkan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berjanji untuk membina dua buah pusat tersebut bagi memudahkan penduduk bertemu dengan beliau sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, penduduk di kawasan Sanglang yang merupakan kawasan kedua terbesar pengundi perli diberikan hak untuk mengadu masalah mereka, begitu juga dengan masyarakat di Lengkok.

“Banyak agenda yang nak dibangunkan melalui iltizam Kota Siputeh kita salah satunya saya mahu buka pusat khidmat sekitar ini dan yang kedua di Taman Seri Kodiang. Jadi ada dua pusat khidmat untuk memudahkan masyarakat bertemu dengan wakil rakyat,” katanya dalam siri kempen di sekitar Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam.

Calon Perikatan Nasional (PN) N.03 Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kampung Baru Tepi Laut, Ayer Hitam, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2023.

Mohd. Ashraf merupakan satu daripada tiga calon yang bertanding di DUN Kota Siputeh dengan Abdul Ramli mewakili Bebas dan penyandangnya, Dr Salmee Said dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mohd. Ashraf berkata, beliau mahu berdebat secara terbuka dengan kedua-dua calon tersebut bagi menjawab dakwaan orang luar yang dilemparkan terhadapnya.

Jelasnya, ketiga-tiga calon boleh menggunakan platform debat ini bagi memperincikan manifesto masing-masing untuk ditawarkan kepada pengundi DUN Kota Siputeh.

“Saya memang nak sangat debat ini berlangsung sebab kita bukan nak bercakap pasal calon sahaja tapi nak menoktahkan mengenai tuduhan fitnah ini dan bercakap mengenai idea dan manifesto masing-masing.

“Kita kena tunjukkan kesungguhan kerana 60 peratus pengundi adalah orang muda. Kita anak muda tidak akan tinggalkan generasi lama tapi orang muda yang faham dan boleh bawa pembaharuan.

“Kalau nak tengok perbaharuan, dan gerak kerja yang baik, maka kita boleh selama dan adaptasi dengan semua lapisan masyarat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Dr Salmee memenangi kerusi DUN Kota Siputeh dengan majoriti 1,467 undi.

Beliau mendapat 7,265 undi berbanding claon Pas, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir 5,798 undi yang mempunyai kelebihan 3 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Azhar Abdullah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast