garbage disposal solid waste landfill Selangor
Ng Sze Han

HULU LANGAT – DAP merayu kepada penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) dengan melupakan persengketaan antara Pakatan Harapan dan BN sebelum ini.

Calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara, Ng Sze Han meminta penyokong parti itu memberikan undi kepada calon BN di Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz.

Tambah beliau, walaupun sukar untuk menerima hakikat bahawa persengketaan yang wujud antara DAP dan BN sejak sekian lana, namun kini kedua-dua parti itu bergabung bagi memastikan kemenangan dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Masa saya datang sini tadi, ada penyokong DAP tanya bukankah dulu kamu bermusuh dengan UMNO BN, mengapa sekarang sudah bersama? Benar, kita pernah bersengketa dan berlawan begitu lama tapi masa itu sudah berlalu. DAP dan BN kini bersama.

“Datuk Johan ini adalah kawan baik saya, saya kenal beliau. Pemimpin seperti inilah yang kita mahu di Dusun Tua, beliau bukan dalam kalangan pemimpin yang kerja dua minggu berkempen dan tidur lima tahun, sebaliknya sentiasa bertungkus lumus,” katanya ketika berkempen di Dusun Tua, di sini, hari ini

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong (DAP), Yeo Bee Hin mengingatkan penyokong dan pengundi DAP bahawa kemenangan BN merupakan kemenangan PH dan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan fikir ini senang untuk kita juga, saya beri contoh kepada anda. Saya lawan Datuk Jamal Yunus UMNO di mahkamah selama empat tahun lawan tapi baru-baru kami duduk satu pentas berceramah. Beliau naik pentas dan meminta sokongan penyokong UMNO diberikan kepada PH, DAP,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast