KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad masih melakukan tugas rutin dengan menulis dan meneliti beberapa fail ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Facebook rasmi negarawan itu mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana mendapat jangkitan pada Selasa lalu.
Melalui foto yang dikongsi dalam media sosial itu, bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu secara fizikal kelihatan sihat.
“Tun Dr Mahathir bin Mohamad menulis dan meneliti beberapa fail di wad hospitalnya di Institut Jantung Negara pada Khamis. Dr Mahathir dimasukkan pada Selasa dan dirawat kerana jangkitan,” katanya.
Media hari ini melaporkan, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sejak Selasa lalu dan sedang dirawat kerana dipercayai mengalami jangkitan.
Sumber rapat kepada bekas perdana menteri itu memberitahu, keadaan Dr Mahathir tidak membimbangkan.
Terdahulu tular di media sosial Mahatir dikatakan kritikal dan sedang dirawat di IJN.
Bekas ahli Parlimen Langkawi itu pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari 2022 kerana menjalani prosedur perubatan elektif.
Tujuh bulan berselang, Dr Mahathir sekali lagi ditahan di IJN pada Ogos selepas disahkan positif Covid-19. – MalaysiaGazette
Assalamualaikum tuk Tun,bawa2 beramal tok Tun dah bau tanah dah…tak payah nak sibuk urusan dunia dah..cuba pakai serban atau bawa dan baca Al-Quran….