KUALA LUMPUR – Penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi / Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Perkara berkenaan disahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini.

“Pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan tersebut seperti biasa,” katanya DBKL menerusi kenyataan.

Terdahulu, jalan berkenaan sepatutnya ditutup bermula Sabtu sehingga 4 Ogos 2024.

Penutupan sepatutnya bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast