Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis Selangor membuka dua kertas siasatan melibatkan kes bendera Parti Perikatan Nasional (PN) yang diroakkan dengan sengaja oleh orang yang tidak dikenal pasti di Seksyen U2, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, satu lagi kes yang sedang disiasat melibatkan kain rentang, batang bendera dan pemidang di sekitar Bandar Botanik Klang telah hilang.

Siasatan di buat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, pihaknya turut menerima 75 laporan polis dalam tempoh berkempen.

“Seksyen 427 Kanun Keseksaan mendefinisikan khianat yang menyebabkan kehilangan atau kerugian yang berharga sebanyak RM25 atau lebih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata, jika sabit kesalahan di bawah seksyen berkenaan pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu beliau berkata, sehingga kini sebanyak 201 kempen dan 62 ceramah berpermit diadakan di negeri berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. SELANGOR bebas membuat kekacauan vendalisma terhadap PN… kenapa MB PKR tidak menghalang?

Comments are closed.