Perdana Mengeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkormesialan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengesahkan beliau bersama sahabatnya ahli perniagaan dari Indonesia, Riza Chalid ke Kedah namun ia adalah kunjungan hormat kepada Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Beliau menjelaskan, melalui pertemuan itu, tiada sebarang urusan atau permohonan dikemukakan kepada baginda berhubung perlombongan di kawasan unsur nadir bumi (REE) oleh ahli perniagaan berkenaan.

“Itu pertemuan dengan Sultan Kedah, tidak berbangkit soal REE..kalau dia (hartawan Indonesia) mohon, itu bukan pada Sultan Kedah, Sultan Kedah panggil saya berikutan hal lain.

“Pertemuan saya dengan sahabat saya bersama Sultan Kedah di istana, tiada kaitan dengan perniagaan dalam bidang itu…saya tidak mahu kaitkan lebih daripada itu, hanya kunjungan hormat saya dengan Sultan Kedah.

“Tiada permohonan (projek REE) dikemukakan kepada Sultan Kedah,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkormesialan Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perdana Menteri pernah membawa hartawan Indonesia ke negeri itu untuk tujuan memohon melombong di kawasan REE.

Muhammad Sanusi dilapor mendakwa, kedua-dua mereka melawat Kedah sebelum Parlimen dibubarkan tahun lepas.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, isunya curi nadir bumi dan menegaskan Muhamad Sanusi supaya jangan cuba mengalihkan isu itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Penafian dan maklumat diberikan ANWAR IBRAHIM TIDAK JELAS. Lagak dan dalih beliau bagai Prime Broker. Rakyat perlu jawapan tepat bukan belit-belit. Suruh Pudin buat slideshow.

    • Tidak jelas sebab walaun bodoh. Kalau nak jelas minta lah pengesahan daripada pihak istana. Dan hal ehwal tanah dibawah kuasa kerajaan negeri bahalol..bukan bawah kerajaan Pusat. Otak walaun penyamun mcm Mudin Sakau juga

      • Sakau dan penyamun Maihidin turun kepada Sanusi..PN(Bersatu/Pas) ke dua-dua memang kaki sakau dengan menggunakan Agama Islam untuk mengkayakan diri serta keluarga.
        Semoga Allah taala membalas perbuatan mereka yang menzalimkan rakyat semas mereka diberi kuasa dulu.
        Malang sungguh kepada yang menyokong atau mengundi PN kerana dalam PN ada banyak ulamak sur.

Comments are closed.