JL99 meraikan anak-anak yatim di taman reakrasi 99 Wonderland Park baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Lebih 100 kanak-kanak daripada rumah anak yatim berpeluang menikmati keseronokan di Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni milik Kumpulan JL99 baru-baru ini.

Ia diadakan sempena ulang tahun kelahiran Jeaniq – ahli keluarga kepada pengasas JL99, Datuk Seri Jeff BK Lee berusia tiga tahun dan sambutan dibuat bersama-sama kanak-kanak kurang bernasib dengan pelbagai acara disediakan.

Menurut Jeff Lee, jika beliau mampu untuk menganjurkan majlis besar-besaran bersama orang kenamaan kali ini mahu bersama meraikan anak-anak kurang bernasib baik.

“Sambil berseronok, kita lakukan amalan baik seperti ini dan juga menyumbang. Kita ada menjemput dua buah rumah kebajikan iaitu Pusat Jagaan Budaya Harapan dan Pusat Jagaan Kasih Ilahi.

“Selain bawa mereka berseronok dengan pelbagai acara menarik dalam taman tema ini, kita juga ada berikan sedikit sumbangan ikhlas.

“99 Wonderland Park ini juga merupakan destinasi utama kanak-kanak kerana banyak tarikan untuk mereka di sini termasuklah binatang-binatang eksotik, 99 cruise, permainan menarik buat mereka selain pancutan air muzikal berwarna warni,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kesemua anak-anak yatim itu telah menghabiskan masa hampir enam jam bersiar-siar dalam taman tema JL99 itu selain menikmati makan malam disediakan.

Mereka  juga mendapat sumbangan cenderamata dan sumbangan wang tunai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast