KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan sikap diam diri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli selepas mahu ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, tahun lalu.
Persoalan itu ditimbulkan Wan Saiful setelah sehingga kini tiada sebarang perkembangan terbaharu tentang ‘pencarian’ Azam sedangkan Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi kerajaan bergabung bersama Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.
“Sekarang sudah jadi menteri, saya mahu tanya Rafizi, sudah jumpa Azam atau belum? Kenapa kes Rafizi tiba-tiba hilang daripada radar? Kenapa tiada apa-apa kemas kini mengenai siasatan ini?
“Adakah kes (Azam berhubung pegangan saham) ditutup selepas Rafizi jadi menteri? Mula-mula saya pun pelik kenapa Rafizi mahu sangat cari Azam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Wan Saiful berkata demikian mengulas ucapan Rafizi di pentas politik ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), tahun lalu.
Rafizi berkata, beliau mahu ‘mencari’ Azam susulan skandal pegangan sahamnya sebelum ini.
Ahli Parlimen Pandan itu semasa berucap pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru berkata, SPRM mesti berdepan mahkamah terlebih dahulu kerana tindakan badan itu menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn. Bhd.
“Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, Insya-Allah. Saya tahu Azam Baki tengok ini! Saya harap bila Pakatan Harapan menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu (Nasir Baki) sekali lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, Rafizi cakap tidak serupa bikin apabila kerajaan menyambung semula kontrak Azam pada Mac lalu untuk tempoh setahun lagi.
“Yang kita nampak, selepas Rafizi jadi menteri, kontrak Azam pun disambung. Tapi, sudah pastilah puak ‘tatakelola sewenang’ ini tidak ada buat apa-apa perbincangan di belakang tabir.
“Mereka ini bersih dan suci. Sebab itu kita semua yakin mereka tak menipu,” katanya lagi.
Pada Disember tahun lalu, Rafizi menafikan dakwaan mengugut Azam, sebaliknya ucapan itu hanya berbentuk political soundbytes (ucapan politik) bagi menguatkan ucapannya.
Pada 2021, Azam berdepan kontroversi pemilikan hampir dua juta saham di sebuah syarikat tersenarai awam antara April 2015 dan Mac 2016, semasa berkhidmat sebagai Pengarah Siasatan SPRM. – MalaysiaGazette
Penyamun ni masin wujud yer? Ingatkan dah hilang lepas menyakau duit rakyat masuk dalam akaun peribadi..mcm musibat punya perangai…tak sabar rakyat nak tgk ko ni ke Sg Buloh..
cSipul..ni bawa budaya idelogi “Fikiran Khianat Keparat”??..Datuk@MP tapi cakap bagai “Kepala Otak Banyak Tahi Membusuk”…bikin malu, bagai manusia hilang kesedaran diri??..