Foto: JBPM Perak

IPOH – Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.

“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sayani berkata kesemua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.

Manakala mangsa yang rentung belum dikenal pasti.- BERNAMA