Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ke-12 pagi in dicemari insiden penemuan kepala babi di dua bilik gerakan Perikatan Nasional (PN) Juasseh dan Senaling pagi tadi.

SEREMBAN – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ke-12 hari ini dicemari insiden penemuan kepala dua babi termasuk di bilik gerakan Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Calon PN DUN Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau menerima maklumat kejadian itu oleh jentera kempennya di Bilik Gerakan DUN Juasseh sekitar 8.30 pagi tadi.

Menurut beliau, selain di bilik gerakan, insiden sama turut belaku di Sungai Dua di bawah DUN Senaling.

“Ini perkara biasa dalam politik dan saya berharap penyokong PN bersabar kerana kita pun tidak menuduh parti mana yang lakukan provokasi sebegini.

“Saya harap masyarakat lebih peka dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan salah faham sebaliknya terus fokus kepada kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kejadian itu turut tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti.

Gambar tersebut menunjukkan kepala babi diletakkan di atas bendera PN.

Mengulas lanjut, Eddin yang juga Ketua Bersatu Kuala Pilah berkata, wakilnya telah membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini biasa pada prn/pru. Sendiri letak dan tuduh
    pihak lain buat taktik kotor untuk raih undi. Taktij lama orang tsk pakai lagi.

Comments are closed.