PERAI – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mengisytiharkan keluar dari DAP dengan melepaskan semua jawatannya serta merta hari ini.
Ia termasuk jawatan peringkat cawangan dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu mengumumkan keputusan itu di Taman Chai Leng di sini menerusi sidang media khas sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan sudah memulakan kempen untuk calon bebas DUN Perai, David Marshal untuk menumbangkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Sundarajoo pada 12 Ogos ini. – MalaysiaGazette