Siew Fook beramah mesra bersama penduduk pada Program Santai Pagi Bersama Masyarakat Kampung Chennah, Jelebu, hari ini.

JELEBU – Tindakan Dr P. Ramasamy mengumumkan keluar DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti hari ini membuktikan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu seorang penunggang parti demi jawatan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Look Siew Foke berkata, tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, itu juga sudah dijangka apabila beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini malah tidak membantu parti sepanjang kempen.

“Kita berasa dukacita apabila seorang pemimpin yang telah diberi banyak peluang oleh parti selama tiga penggal menjadi Timbalan Ketua Menteri, apabila tidak diberikan kerusi maka keluar parti, ini yang rasa mendukacitakan.

“Ini bezanya ketaatan kepada perjuangan apabila tidak dicalonkan, seorang yang taat kepada parti, akan terus tinggal dalam parti bersama berjuang parti untuk berkempen menangkan parti.

“Adakah selama ini mereka hanya tunggang parti demi jawatan? Tiada jawatan terus keluar parti dan kalau mereka buat begitu mereka selama ini hanya menunggang parti demi jawatan,” katanya.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) pagi kerusi DUN Chennah berkata demikian pada sidang media selepas Program Santai Pagi Bersama Masyarakat Kampung Chennah di sini hari ini.

Pagi tadi, media melaporkan Ramasamy telah mengutus surat keluar DAP dan meletakkan semua jawatannya dalam parti kepada Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, pada pukul 8.25 pagi.

Mengulas lanjut, Anthony yang juga Timbalan Pengerusi PH berkata, tindakan itu tidak akan menjejaskan kempen PRN di semua enam negeri.

“Ini tidak akan menjejaskan apa-apa, kalau mana mana pihak nak keluar parti, kita tak akan merayu kalau orang itu sudah tidak hati untuk bersama parti.

“Parti akan terus kukuh ada orang keluar, lebih ramai orang masuk dan itu tidak menjejaskan kempen PRN PH,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramasamy isytihar keluar DAP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. hahaha senyap je pemimpin UMNO PKR bila RAMASAMY keluar DAP… kes (1) GERAKAN tanding DUN majority Melayu gegak MENGGEGAR UMNO kutuk PAS.. atau MATA ZAHID HAMIDI masih belum sempurna? ZAHID dah ready ke?

Comments are closed.