PADANG SERAI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan memenangi 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, esok.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) PN berkata, ramalan itu berdasarkan sokongan kuat kepada PN yang ditunjukkan sepanjang tempoh 12 hari kempen.
“33-3,”katanya ringkas sambil menunjukkan isyarat tangan bagus.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri ceramah Grand Finale Sembang Santai bersama Sanusi di Padang Awam Tunku Putra, Kelang Lama di Lunas dekat sini.
Semalam, kaji selidik oleh Ilham Centre yang dilaporkan portal berita dalam talian menunjukkan hanya satu daripada empat orang Melayu di negeri yang mengadakan pilihan raya esok, berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Seramai 2,416 responden dipilih secara rawak di enam negeri PRN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Sementara itu, pengamal media di sini meramalkan Pakatan Harapan-Barisan Nasional dijangka memenangi tiga kerusi DUN itu iaitu Sidam, Bakar Arang dan Kota Darul Aman yang majoritinya pengundi Cina. – MalaysiaGazette
keputusan sebelum KEPUTUSAN bermakna MB KEDAH DS SANUSI bukan seorang yang rakus KEJAM kerana rela menyediakan TIGA KERUSI DUN untuk pembangkang.. kesian pulak dengan NASIB UMNO ni…. ZAHID mana ZAHID… woi ZAHID HAMIDI are you ready..
Bengong mu ni..itu maknanya tak semua org Kedah yg suka Sanusi kaki pembohong dan mulut longkang ni
Ni kajian yang bodoh dan cacat. Kajian ni tak boleh pakai. Budak darjah 6 pun buag kajian macam ni.